Perdana Menteri berkata, syarikat 1MDB yang mendapat kritikan daripada pelbagai pihak sebenarnya banyak berjasa untuk pembangunan Islam di Malaysia.
Merujuk kepada projek menaik taraf Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebahagian daripada kos RM20 juta yang diperlukan adalah datang daripada Yayasan 1MDB.
Menurut perdana menteri, ahli jawatankuasa masjid datang bertemu dengannya untuk menapatkan bantuan dana pembangunan semula masjid.
"Serta-merta saya bersetuju dan luluskan. Saya minta Yayasan 1MDB yang malangnya banyak menerima kritikan di media sosial sehari dua ini," katanya.
Najib berkata, jasa dan sumbangan 1MDB kepada umat Islam sangat besar.
"Pada asalnya bajet (pembinaan masjid) ini sedang-sedang, apabila dilaksanakan ia semakin bertambah sehingga RM20 juta. Itu pun tidak cukup lagi,” katanya ketika berucap sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan