Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata rangka kerja dan dasar itu diyakini masih boleh diteruskan selagi mempunyai objektif yang sama.
"Ini adalah satu cabaran dan saya yakin kita boleh buat begitu melalui pergerakan baharu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Santai dan Berbuka Puasa di Taman Indah Jaya di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.
Lim, yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata Pas masih mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan DAP dalam pergerakan baharu itu sekiranya bersedia berpegang kepada rangka kerja dan dasar sama yang telah dipersetujui sebelum ini.
"Jika tidak dan tadbir urus baik tidak menjadi agenda utama (pergerakan baharu), kita akan menghadapi masalah. Mulai sekarang, kita mahu mengisytiharkan agenda utama kita ialah kesejahteraan rakyat, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan semua aspek," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.