THE RAKYAT POST
Tentera laut Indonesia
mengawal perairan Ambalat dengan ketat dan akan mengusir kapal patrol
TLDM sekiranya didakwa memasuki perairan mereka. - Foto
sochehsatriabangsa.wordpress
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia setakat ini tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sering memasuki kawasan perairan Ambalat sejak kebelakangan ini.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk
Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, jika benar perkara itu berlaku,
kebiasaannya pihak kedutaan akan dimaklumkan mengenainya.
“Jika benar terdapat pencerobohan kapal
tentera Malaysia di perairan Indonesia, kita akan dimaklumkan dan kita
akan selesaikan secara diplomasi tetapi setakat ini tiada sebarang aduan
mengenai dakwaan itu kecuali hanya cakap-cakap sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita
selepas majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih di kediaman rasmi
Kedutaan Malaysia di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 100 rakyat
Malaysia yang berada di Jakarta.
Sebuah
akhbar berbahasa Indonesia baru-baru ini mendakwa kononnya beberapa
kapal perang Malaysia didapati memasuki wilayah perairan Ambalat sejak
kebelakangan ini.
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI)
Jen Moeldoko pula dipetik sebagai berkata jika benar ia berlaku, beliau
akan memberi peringatan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Moeldoko berkata pihak angkatan tentera
kedua-dua negara sebelum ini telah bersetuju untuk menjaga keamanan dan
tidak mahu menimbulkan sebarang konflik.
Isu tuntutan bertindih antara Malaysia
dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi atau Ambalat yang
terletak antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah, Malaysia
itu timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.
Peta itu menunjukkan kawasan sempadan maritim itu terletak dalam perairan Malaysia tetapi Indonesia membantah peta itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.