Dua bulan selepas kejadian, nasib peserta perhimpunan antisalib sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya masih belum jelas.
Walaupun polis sudah menyelesaikan siasatan bulan lalu, semakan dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) mendapati kertas siasatan mendapati kertas siasatan dipulangkan kembali untuk penjelasan lanjut.
Ketua polis Selangor Abu Samah Mat bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut berkaitan perkra itu kerana ia sebahagian daripada siasatan.
Bagaimanapun, katanya, biasanya penjelasan dipohon berkisar aspek siasatan dan bukti-bukti.
Beliau juga berkata terpulanglah kepada AGC untuk menentukan peruntukan yang akan digunakan untuk membuat pertuduhan di mahkamah.
Polis sebelum ini berkata insiden itu disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan kerana menceroboh.|
Pada 19 April lalu, kira-kira 50 orang penduduk berkumpul di gereja di Taman Medan, menuntut supaya salib diturunkan daripada bangunan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan