Najib minta Palanivel berhenti daripada menyalahkan orang lain.
PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najid Tun Razak akan memanggil Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel selepas beliau dituduh punca parti kaum India itu berpecah dua.
Dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya, Najib meminta supaya Palanivel berhenti daripada menyalahkan orang lain.
“Saya akan memanggil Datuk Seri Palanivel bagi meminta perjelasan menganai tuduhannya semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dia sepatutnya berhenti menyalahkan lain,” katanya.
Najib yang juga Perdana Menteri berkata seharusnya Palanivel mematuhi keputusan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan (RoS)
Sebelum ini, ketika bercakap di hadapan kita-kira 10,000 penyokongnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Palanivel menuding jari kemelut yang berlaku akibat Najib.
Katanya Najib lebih memihak kepada RoS dan memberi tekanan kepada parti itu untuk menolak pemilihan parti yang diadakan pada 2013.
“BN dan Perdana Menteri sendiri terlibat dalam memberikan tekanan kepada MIC untuk menolak keputusan pemilihan 2013 yang disahkan,” dakwanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan