PERJUANGAN demi rakyat ketika 1970-an, menyebabkan sebahagian besar wang gaji sebagai pendidik habis dalam masa singkat.
Tidak memikirkan kekayaan atau pangkat Syed Ahmad berkata, semua itu dilakukan demi membawa perubahan kepada bangsa Melayu di Rantau Panjang.
Ketika itu katanya, penduduk terutama di pedalaman belum terdedah dengan perjuangan Umno.
“Paling mencabar adalah ketika berkempen di kawasan pedalaman kerana sebahagian besar kawasan di Rantau Panjang belum diteroka.
“Kampung-kampung masih lagi dikelilingi hutan malah tidak mempunyai kemudahan jalan raya.
“Mujurlah ramai dikalangan rakan di bawah pimpinan Ketua Umno Kelantan, iaitu Tan Sri Hussein Ahmad turun padang bersama-sama memperkembangkan Umno serata kawasan,” katanya.
Berbekalkan jawatan ahli jawatankuasa Pemuda Umno pada 1977, Syed bersama rakan-rakan politiknya yang juga guru di sini, mengembangkan Umno di sini tanpa memikirkan pulangan, habuan dan upah.
Biarpun penat dan gaji habis, namun katanya, semua itu berbaloi apabila Umno dan Barisan Nasional menang di Kelantan.
“Sehinggalah pada 1985, saya dilantik sebagai AJK Umno dan lapan tahun kemudian sebagai Ketua Penerangan Umno Rantau Panjang.
“Walaupun terpaksa pulang ada kalanya jam 6 pagi, namun saya bertuah kerana anak-anak dan isteri sangat memahami perjuangan dipikul,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.