SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Jangan samakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Demikian peringatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi secara lantang di Muktamar Pemuda Pas kepada Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.
Menurutnya, Pemuda Pas Kelantan terkilan dengan kenyataan yang dibuat Suhaizan itu semalam ketika menjawab soalan perwakilan pada sesi membahas laporan tahunan sayap itu.
"Kelantan terkilan apabila Ketua Pemuda kata, 'janganlah sikit-sikit sokong Presiden macam Umno'.
"Minta Ketua Pemuda betulkan kenyataan itu. Jangan samakan Tuan Guru Presiden dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya yang disambut sorakan gemuruh dari perwakilan dan pemerhati pada sesi perbahasan Muktamar Pemuda Pas, di sini, hari ini.
Semalam, Suhaizan menyebut bahawa Pas tidak menyokong Presiden Pas secara membuta tuli seperti Umno menyokong Presiden mereka.
Sebelum itu pada awal ucapannya, Nor Azariza sempat mengingatkan bahawa tidak mustahil Pas mampu menang walau bersendirian jika diizinkan oleh ALLAH SWT.
"Kemenangan dalam pilihan raya adalah impian semua pihak tapi kena ingat, kemenangan ini memang memerlukan sokongan maka tidak dinafikan ia perlu PR.
"Tetapi kita juga kena ingat ia bukanlah syarat-syarat yang mesti... berpakat baru menang. Tak berpakat tak boleh menang. Tidak mustahil ALLAH nak kurniakan kemenangan kepada kita," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan