THE RAKYAT POST
Mohd Amar sebelum ini
meminta barisan kepimpinan baru yang terdiri daripada kumpulan ulama
tersebut diberikan 100 hari untuk membuktikan diri mereka.
KUALA LUMPUR- Kepimpinan baru PAS diberi masa selama 100 hari untuk mengotakan janji kembali ke arah wawasan yang digagaskan oleh Almarhum Datuk Fadzil Noor dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid
Samad berkata beliau bersetuju untuk memberi tempoh masa tersebut
seperti mana yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah.
Menurutnya, Mohd Amar sebelum ini
meminta barisan kepimpinan baru yang terdiri daripada kumpulan ulama
tersebut diberikan 100 hari untuk membuktikan diri mereka.
“Saya bersetuju untuk memberi tempoh
tersebut supaya mereka kembali kepada wawasan yang dibawa oleh kedua-dua
tokoh tersebut iaitu ‘PAS untuk semua’.
“Sekiranya selepas tempoh tersebut PAS
menjadi parti yang tertutup, inklusif serta tak boleh memenuhi hasrat
dan harapan cita-cita rakyat Malaysia maka parti baru akan menjadi satu
keperluan dan kewajipan bagi kami,” katanya kepada pemberita hari ini.
Tambah
Khalid, sekiranya pembentukan parti baru itu berlaku ia adalah bukan
disebabkan dirinya mahukan jawatan tetapi adalah disebabkan soal
perjuangan.
Jelasnya, sekiranya perjuangan PAS pada
hari ini bersifat keras, tak mampu berkawan dan bekerjasama dengan pihak
lain seperti diharuskan syariat Islam sekaligus ia membuktikan parti
baru perlu dibentuk.
“Pembentukan parti baru itu juga
merupakan usaha untuk menyatupadukan ahli-ahli dan sekiranya corak
politik machiavelli pada Muktamar tempoh hari tidak ditegur dan tidak
diperbetulkan maka ia membuktikan parti Islam itu telah hilang sifat
asalnya yang dipenuhi dengan semangat ukhwahnya dan kasih sayang,”
tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.