KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersoalkan tindakan
pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 yang mendakwa suruhanjaya itu gagal
memperkenalkan pembaharuan mengekang penyalahgunaan tidak terbatas dan
rasuah semasa kempen.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata, Bersih 2.0 sepatutnya kumpul bukti dan buat laporan kepada pihak berkuasa jika ia rasa laporan Wall Street Journal (WSJ) berkaitan dakwaan pembiayaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU13 secara tidak langsung, ada kebenarannya.
“Kumpulkan bukti seberapa lengkap dan buat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika berkait rasuah supaya disiasat,” katanya.
Abdul Aziz menegaskan, ruang yang luas sudah pun diberikan kepada mana-mana pihak berkaitan dengan keputusan PRU13 yang berlangsung pada 2013.
“Sebanyak lebih 60 petisyen pilihan raya pada PRU13 dibawa ke Mahkamah Tinggi Pilihan Raya. Tentu Bersih tahu apa keputusannya," katanya.
Menurut beliau, dakwaan tersebut diwujudkan bagi memburukkan badan bebas itu dan perdana menteri.
“Setiap kali laporan atau dakwaan daripada pihak luar negara dikeluarkan kita bermati-matian akan percaya, sedangkan tidak ada satu bukti pun dikemukakan.
BN, pada 6 Mei 2013, diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti berkurangan. Ia, bagaimanapun, berjaya merampas kembali Kedah daripada PR. PR pula memenangi undian popular buat pertama kali.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, sementara itu, disebut sebagai meminta SPR menyiasat segera dakwaan yang dibuat melalui WSJ itu.
Katanya, ia akan memberi kebolehpercayaan kepada kebebasan SPR jika ia mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, khususnya Seksyen 10(a), meliputi aktiviti rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya dengan niat membeli undi.
Malaysian Insider menyebut laporan WSJ bertarikh 19 Jun lalu, bahawa 1MDB yang banyak hutang, menyokong secara tidak langsung kempen Najib melalui pembelian aset tenaga daripada Genting Group pada 2012, dengan harga lima kali lebih mahal, berbanding nilai sebenarnya.
Genting didakwa menderma sebahagian pendapatannya itu kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang di bawah kawalan Najib, yang kemudiannya mengumumkan beberapa projek amal yang dibangkitkan Perdana Menteri pula selepas itu ketika berkempen.
Namun, menurut laporan portal berita itu, Pejabat Perdana Menteri berkata, dakwaan WSJ tidak berasas.
Dalam reaksinya, Bersih 2.0 mengecam apa yang diistilahkan sebagai manipulasi dana dalam PRU13, dan mengatakan apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pembiayaan itu dikaitkan dengan 1MDB yang kontroversi dan kini menjadi perhatian umum kerana hutangnya mencecah RM42 bilion.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan