Halaman

Selasa, 2 Jun 2015

Najib Lancar Saluran TV Baharu GOASEAN

RAKYATNEWS


alt


 
BUKIT JALIL  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan saluran televisyen baru 737 Astro GOASEAN khusus bagi mempromosikan sektor pelancongan di 10 negara anggota Asean.

Saluran yang bersiaran 24 jam itu bakal menyiarkan program berkaitan destinasi pelancongan di negara-negara Asean, membeli-belah atas talian, sukan, muzik, festival dan makanan.

"GOASEAN menyediakan peluang yang sempurna untuk menyiarkan manfaat rantau ini kepada khalayak yang lebih global, " katanya semasa melancarkan saluran itu di sini pada Selasa.

GOASEAN merupakan sebahagian daripada matlamat Malaysia sebagai pengerusi badan serantau pada tahun ini untuk mempromosikan Asean rakyat.

Najib berkata GOASEAN mempunyai potensi untuk berkembang menjadi platform antarabangsa dengan menawarkan program-program mengenai kesemua 10 negara anggota, ia juga membantu mempamerkan Asean sebagai destinasi berdaya saing di peringkat global untuk perniagaan dan pelancongan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.