KOTA KINABALU: Penjenayah terkenal, Mat Malaya akhirnya berjaya
ditangkap selepas polis menyerbu sebuah rumah tumpangan di Kundasang
lewat malam Isnin.
Suspek yang merupakan adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, berusia 44 tahun ditahan ditahan ketika
bersama isterinya yang berusia 24 tahun dan bayi perempuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Datuk Sallehhudin Abd
Rahman berkata suspek yang dikehendaki kerana menembak seorang mekanik
pada 6 Mei lalu tidak membantah ketika penangkapan dilakukan.
Mat Malaya atau nama sebenarnya Mohd Jusnaidi Omar sedang disiasat kerana cubaan membunuh dan memiliki senjata api.
Polis bagaimanapun, tidak menemui sebarang senjata dalam simpanannya.
Suspek dikatakan telah menembak seorang mekanik di bengkel penghawa
dingin kereta selepas kedua-dua mereka merenung antara satu sama lain.
Suspek kemudian naik berang dan bertindak menembak mangsa.
Mat Malaya sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.