Halaman

Selasa, 2 Jun 2015

Nasihat Nazri pada PM, usah pedulikan Dr M

MALAYSIAKINI


 


Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengasak keras, seorang menteri kanan menawarkan petua mudah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdepan dengannya.

Kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Najib hanya perlu tidak mengendahkan kritikan itu.

Menteri kebudayaan dan pelancongan itu sebaliknya berkata Najib harus menumpukan pada tanggungjawab dan tugasnya sebagai seorang pemimpin utama negara.

Mengulas kritikan Mahathir bahawa Najib tidak seperti bapanya Tun Razak Hussein, perdana menteri kedua, Nazri berkata perkara itu tidak perlu dibimbangkan.

“Seperti pepatah Inggeris, we are just a chip off the old block. Ini bermaksud kita tidak boleh lebih baik daripada nenek moyang kita.

“Tiada perkara yang baru dan tiada sebab Najib harus bersedih dengan perkara ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Nazri berkata seseorang pemimpin dalam negara yang demokratik tidak akan dapat lepas daripada kritikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.