KUALA LUMPUR - Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi presiden MIC dan keanggotaannya turut dilucutkan.

Keputusan dibuat sebulat suara oleh 2,758 pimpinan cawangan yang hadir.

Mereka turut mengundi supaya parti menurut keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk parti mengadakan pilihan raya baharu.

Datuk Seri S. Subramaniam dilantik sebagai pemangku Presiden dalam tempoh interim.

Pilihan raya peringkat cawangan akan diadakan pada Julai dan pilihan raya presiden pada Ogos.

Keputusan menarik balik keanggotaan Palanivel dibuat selepas beliau mencabar keputusan RoS.