HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Jun 2015

Pinjam tuala untuk lawat pesakit

THE RAKYAT POST


10311351_1649529871959574_5809063536548083713_n
Nisha berkongsikan gambarnya memakai tuala kuning selepas mendakwa tidak dibenarkan melawat pesakit di wad oleh pengawal keselamatan. 



KUALA LUMPUR- Selepas tersebar mengenai isu ‘kain sarung’ di bangunan SUK Selangor semalam, kini kecoh pula isu mengenai seorang gadis yang mendakwa terpaksa meminjam kain tuala pesakit untuk melawat bapanya di hospital.

Seroang pengguna Facebook bernama Nisha Daddygal, memuat naik gambarnya mengenakan tuala kuning dari pinggang ke bawah di laman facebooknya.

Gambar terbabit dengan kapsyen berbunyi “Terpaksa pinjam tuala pesakit untuk melawat pesakit” itu kini tersebar di media sosial sejak diposkan oleh Nisha dua hari lalu.

Jelasnya, insiden berkenaan berlaku ketika dia cuba untuk melawat pesakit di Hospital Sungai Buloh sebelum dihalang oleh pengawal keselamatan.

Menurutnya, bapanya terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam tuala pesakit lain bagi membolehkannya masuk.

“Saya tiada pilihan, ayah terpaksa naik ke wad untuk meminjam tuala pesakit dan membawanya ke bawah untuk saya ikat dan tutup lutut saya. Pengawal berkenaan kata ia adalah arahan daripada Kementerian Kesihatan,” ujar Nisha.

Dalam masa yang sama, Nisha turut menasihatkan kepada semua wanita agar menutup atau tidak memakai pakaian yang atas daripada lutut ketika pergi ke Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, menurut laman web Hospital Sungai Buloh, Kementerian Kesihatan telah menyenaraikan kepada pelawat kod etika berpakaian iaitu memakai pakaian yang sesuai.

Gambar yang dimuat naik Nisha menerima 53 like dan dikongsikan 400 kali sejak ia dimuat naik.

Tiada ulasan: