PETALIN JAYA: Tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan papan tanda UMNO di ibu pejabat parti itu di Pulau Pinang dianggap perbuatan biadap.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Lim Guan Eng itu sengaja melakukan perbuatan itu.
Katanya, ia bagi mengalih perhatian rakyat terhadap krisis yang berlaku antara DAP dan Pas dengan menjadikan UMNO sebagai kambing hitam.
“Untuk divert isu pergaduhan antara DAP-Pas, UMNO dikambing hitamkan. UMNO dituduh punca perpecahan PR,” Katanya melalui kenyataan di Facebook pada Sabtu.
Bengang dengan tindakan itu, Puad menyatakan sokongan sekiranya UMNO dan Pas bekerjasama bagi membentuk kerajaan Selangor yang baharu.
“DAP ada 15 kerusi manakala PKR 13. PAS pula ada 15 kerusi dan UMNO 12 kerusi. Kalau UMNO-Pas berkerjasama dan TS Khalid Ibrahim ADUN bebas menyertai kerjasama ini maka kerajaan Pakatan Selangor boleh tumbang.
“Silap silap ADUN PAS boleh jadi MB. Pada saya lebih baik ADUN Pas jadi MB daripada Azmin Ali yang menjadi puppet kepada DAP.
“Cuma DAP ada sedikit lega kerana mereka masih ada PasMa. Pada DAP, PasMa boleh dijadikan alternatif kepada PAS,” kata Puad.
Tulisnya, kemelut berterusan yang berlaku di antara DAP dan Pas bukti Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai sistem serta dasar yang khusus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan