SHAH ALAM - Muktamar Tahunan Muslimat Pas ke-55 bertukar suram seketika
sebaik video montaj Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
ditayangkan di dewan Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini,hari
ini.
Suasana dewan yang bermula gemilang pada mulanya bertukar sepi sebaik
alunan lagu dan tayangan Allahyarham menyelubungi ruang yang ada.
Tayangan tersebut yang berlangsung sehingga lima minit bukan sahaja
menukar suasana dewan, malah turut 'mengusik' emosi Muslimat yang hadir.
Sesetengah peserta Muslimat yang hadir kelihatan terkesan dengan
tayangan tersebut sehingga tidak mampu menahan air mata kesedihan.
Tayangan yang disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat Muslimat Kelantan
itu memaparkan jasa dan kebaikan Allahyarham semasa hidupnya khususnya
kepada kaum Muslimat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan