HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Jun 2015

Tiada gunanya Najib jawab kritik tentang 1MDB, kata speaker Sabah

 THE MALAYSIAN INSIDER


Tiada gunanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab kritikan berhubung masalah yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mereka tidak akan berpuas hati walau apa pun jawapan yang diberi, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Jun, 2015.Tiada gunanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab kritikan berhubung masalah yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mereka tidak akan berpuas hati walau apa pun jawapan yang diberi, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak. – Gambar fail The Malaysian Insider, .



Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak sekali lagi mempertahankan Datuk Seri Najib Razak, mengatakan tiada gunanya perdana menteri menjawab kritikan berhubung masalah yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mereka tidak akan berpuas hati walau apa pun jawapan yang diberi.

"Ada faedahkah perdana menteri buat apa yang semua orang minta beliau buat? Iaitu untuk menjelaskan apa yang berlaku dalam 1MDB? Kalau beliau buat pun, pengkritik masih akan menolak penjelasan itu.

"Ada faedahkah perdana menteri membuang masa melayan pengkritik apabila apa yang dia katakan tidak akan diterima kerana mereka mengkritik hanya untuk mengkritik, bukan untuk mencari kebenaran?" katanya di blognya hari ini.


Kritikan memuncak berhubung dana pelaburan strategik negara itu, yang ditubuhkan pada 2009, dan sehingga kini mencatatkan hutang mencecah RM42 bilion. Ia semakin hebat dikecam susulan pendedahan demi pendedahan dibuat laman web pemberi maklumat Sarawak Report, yang menekan Najib dan mendorong pemimpin pembangkang, bekas dan pemimpin Umno semasa, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta badan anti rasuah menuntut siasatan menyeluruh dijalankan ke atasnya.

Ketua Audit Negara kini sedang mencari menyemak akaun 1MDB, dengan laporan awal dijangka dikemukakan kepada Parlimen pada bulan ini, manakala Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memulakan siasatannya terhadap syarikat itu 2 minggu lalu.

Mengenai Dr Mahathir, Salleh berkata, Putrajaya kerugian lebih RM42 bilion dalam tempoh 22 tahun tempoh pentadbiran beliau sebagai perdana menteri.

"Kerugian Forex (tukaran wang asing) sahaja berjumlah RM58 bilion pada nilai hari ini, ditambah pula dengan RM20 bilion bencana yang dihadapi Malaysia Airlines, menjadikan jumlahnya RM78 bilion," katanya.

Beliau juga menyelar pengkritik Najib kerana tidak memahami masalah sekitar 1MDB, mengatakan ramai yang tidak memahami perbezaan antara pendedahan dan kerugian, dan serta merta menganggap hutang RM42 bilion itu hilang.

Beliau memberi contoh suntikan AS$1 bilion Amerika Syarikat dari International Petroleum Investment Company di Abu Dhabi untuk 1MDB menyelesaikan pinjaman bersindiket AS$975 juta dari sebuah konsortium bank asing.

Katanya, pengkritik ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua tidak pernah berpuas hati walau apa pun jawapan yang diberi.

"Jadi anda lihat, pengkritik 1MDB seolah-olah tidak menerima sebarang penjelasan. Mereka menegaskan RM42 bilion itu lesap dan terdapat usaha untuk 'menyelamatkan' (bail out) syarikat itu.

"Walaupun 1MDB menjelaskan ia bukan satu bailout, pengkritik masih berkeras mengatakan ia bailout," katanya.

Tiada ulasan: