KUALA SELANGOR - Jawatan Timbalan Presiden Pas beralih tangan apabila
penyandangnya, Mohamad Sabu kalah dengan pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya meraih 279 undi berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 881 undi.
Manakala, jawatan Naib Presiden berjaya dimenangi oleh Idris Ahmad
dengan 896 undi, Datuk Iskandar Samad (672) dan Datuk Mohd Amar Abdullah
(710).
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya meraih 279 undi berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 881 undi.
Jawatan tersebut sebelum ini pernah disandang oleh Nasharudin Mat Isa.
Tiga pencabar lain termasuk dua penyandangnya, Salahuddin Ayub (435) dan Datuk Husam Musa (317) gagal mempertahankan kedudukan.
Datuk Mahfuz Omar juga tewas dengan hanya mendapat 378 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan