Usaha Kurang Kakitangan Awam di Malaysia Daripada 1.6 Juta Penjawat Awam Kepada Hanya Tinggal?
Kepada kakitangan awam dan penjawat awam
di Malaysia yang menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi terhadap
kerja yang diberikan, Berita Semasa ucapkan terima kasih dan tahniah
kepada anda. Andalah aset yang besar kepada negara dalam usaha memajukan
negara.
Walaubagaimanapun, yang Berita Semasa
sedia maklum, kakitangan awam yang “sudah confirm”, sangat sukar untuk
dibuang kelompok seperti ini walaupun kakitangan tersebut bermasalah dan
menjadi nanah dalam sektor awam sehingga memberikan persepsi yang cukup
buruk. Paling teruk pun, hanyalah tukar jabatan, tukar daerah, tukar
negeri. Buang kakitangan awam yang bermasalah sangat-sangat mustahil.
Ada kes kakitangan awam yang ponteng sampai 3 bulan tidak dikenakan
tindakan buang kerja!!!
Jikalau sebelum ini, Jabatan
Perkhidmatan Awam Mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja untuk
mengawal saiz perkhidmatan awam. Berita Semasa dimaklumkan situasi di
sektor awam hari ini, sekarang ini pun memang kerajaan sedang optimumkan
kakitangan kerajaan.
BACA SINI : Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Jumlahnya Selepas Pilihanraya Umum Ke 13? Jika…(CUEPACS)
- tempat orang pencen tidak diganti
- maka beban kerja staff pencen itu diambil alih secara sama rata oleh penjawat awam yang lain
- kerajaan tidak buang pekerja tapi cuma melalui staff pencen seperti pencen 5 orang ganti 2 kakitangan awam yang baru sahaja sehingga optimum
Masakan tidak sehingga ke hari ini,
jumlah kakitangan awam di Malaysia sudah pun berjumlah 1.6 juta
kakitangan awam untuk jumlah penduduk hanya 30 juta orang. Greece yang
menuju muflis pun, tumbang antara salah satu faktor adalah disebabkan
jumlah kakitangan awam terlalu ramai, paling tinggi dalam negara
Kesatuan Eropah.
Transformasi Usaha Kurang Jumlah Penjawat Awam di Malaysia?
Harapan Berita Semasa selepas ini kakitangan awam dalam sektor
- dikurangkan kakitangan awam yang bermasalah
- mengurangkan lambakan kakitangan awam di Jabatan Perdana menteri kerana ia tidak menjalankan tugas mana-mana Kementerian
- menambah skop kerja
- menetapkan KPI
- meningkatkan bilangan jumlah guru dan doktor di Malaysia
Ini pula, respon Cuepacs selepas DAP
menyusulkan usaha kurangkan jumlah kakitangan awam di Malaysia pada
ketika sekitar 4 tahun lepas?
Keratan Laporan Akhbar Berita Usul DAP
P/S : Bagi Berita Semasa sendiri bab
pengurusan memang sudah tiba masa dan ketikanya untuk dikurangkan.
Tetapi bab-bab penguatkuasaan memang perlu ditambah. Ada komen dan
respon tambahan daripada anda mengenai isu terkini ini?
PP/S : Selain buang kakitangan awam yang
bermasalah, sila kecilkan segera saiz kabinet Malaysia yang ada hari
ini, singkirkan menteri yang seringkali menjadi bahan jenaka rakyat
Malaysia hari ini. Rakyat Malaysia tidak perlukan pemimpin seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan