SHAH ALAM: Buku "Siapa Kata Tidak Dijawab" yang mengandungi jawapan
kerajaan dan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersabit
segala tuduhan mengenai kemelut hutang RM42 bilion syarikat itu mula
diedarkan kepada orang ramai.
Buku 62 muka surat, mengandungi jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak; Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
dan Presiden serta Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy.
Ia diterbitkan oleh Jabatan Hal Ewal Khas Kementerian Komunikasi dan
Multimedia dan diedarkan buat pertama kali di Majlis Amanat Hari
Kebangsaan pada 30 Ogos lalu.
"Siapa Kata Tidak Dijawab" merungkai tohmanah-tohmahan pembangkang dan
Tun Mahathir Mohamad bersabit tanggungan kewangan syarikat milik penuh
kerajaan itu.
Antara lain, buku itu menyenaraikan fakta sepenuh mengenai pengagihan
pelaburan yang dibuat termasuk RM18 bilion yang diguna untuk pembelian
loji tenaga bebas (IPP).
Ia turut menyangkal tuduhan bahawa wang syarikat itu disalur kepada
ahli perniagaan Jho Low. Tuduhan itu banyak diputarbelitkan oleh
pembangkang dan dikatakan antara skop siasatan Jawatankuasa Kira-kira
Wang Negara (PAC).
Ia juga menjelaskan mengenai RM1 juta yang diterima syarikat dalam
bentuk ekuiti daripada kerajaan pada 2009 dan pinjaman jangka pendek
sebanyak RM950 juta pada Mac tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.