HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 September 2015

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Buku "Siapa Kata Tidak Dijawab" yang mengandungi jawapan kerajaan dan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersabit segala tuduhan mengenai kemelut hutang RM42 bilion syarikat itu mula diedarkan kepada orang ramai.
 
Buku 62 muka surat, mengandungi jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Presiden serta Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy.
 
Ia diterbitkan oleh Jabatan Hal Ewal Khas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan diedarkan buat pertama kali di Majlis Amanat Hari Kebangsaan pada 30 Ogos lalu.
 
"Siapa Kata Tidak Dijawab" merungkai tohmanah-tohmahan pembangkang dan Tun Mahathir Mohamad bersabit tanggungan kewangan syarikat milik penuh kerajaan itu.
 
Antara lain, buku itu menyenaraikan fakta sepenuh mengenai pengagihan pelaburan yang dibuat termasuk  RM18 bilion yang diguna untuk pembelian loji tenaga bebas (IPP).
 
Ia turut menyangkal  tuduhan bahawa wang syarikat itu disalur kepada ahli perniagaan Jho Low. Tuduhan itu banyak diputarbelitkan oleh pembangkang dan dikatakan antara skop siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). 
 
Ia juga menjelaskan mengenai RM1 juta yang diterima syarikat dalam bentuk ekuiti daripada kerajaan pada 2009 dan pinjaman jangka pendek sebanyak RM950 juta pada Mac tahun ini.
 
"1MDB tidak memperoleh pembiayaan secara langsung daripada kerajaan dan perlu mendapatkan dana sendiri daripada pasaran modal tempatan serta antarabangsa. Sejumlah RM42 bilion itu adalah dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk," menurut penjelasan dalam buku tersebut

Tiada ulasan: