HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 September 2015

Bersih 4.0: Tujuh individu bantu siasatan

Bersih 4.0: Tujuh individu bantu siasatan


KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah dan enam lagi individu yang dikaitkan dengan perhimpunan itu tampil bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Enam lagi individu yang dipanggil antaranya Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Huda; Bendahari Bersih, Masjaliza Hamzah; Ahli Jawatankuasa Bersih, Farhana Halim dan Fadiah Nadwa, Ahli Sekretariat Bersih Mandeep Singh dan aktivis pelajar Adam Adli.

Kesemua individu itu hadir bersama 10 peguam antaranya, Latheefa Koya, Eric Paulsen dan Datuk Ambiga Sreenevasan kira-kira jam 10.30 pagi.

Maria Chin berkata, beliau dan enam individu lain telah disoal mengenai kenyataan media pada pelancaran perhimpunan tersebut, 14 Ogos lalu, ahli jawatankuasa yang terlibat, persiapan untuk perhimpunan itu dan sumbangan derma.

“Mereka turut menyoal, adakah kita mengiklankan di media sosial (untuk mengumpul derma) dan bagaimana kita akan menggunakannya," katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas disoal siasat kira-kira dua jam.

Maria berkata pihaknya tidak menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh polis.

"Kita melaksanakan hak kita untuk tidak menjawab banyak soalan itu termasuk mengenai derma," katanya.


Tiada ulasan: