HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 September 2015

Khairuddin At-Takiri nasihat Mat Sabu bertaubat

 
Sebagai seorang Islam, bekas Timbalan Presiden Pas itu sepatutnya menjaga tatasusila sebagaimana yang diajarkan Islam.


mat-sabu


PETALING JAYA: Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu dinasihat supaya bertaubat selepas gambar ‘mesranya’ bersama peserta demonstrasi 4.0, tersebar luas di laman sosial.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, sebagai seorang Islam sepatutnya bekas Timbalan Presiden Pas itu menjaga tatasusilanya.

“Sebagai seorang Muslim, dia (Mohamad Sabu) harus menjaga dirinya daripada fitnah.

“Tidak kiralah siapapun, daripada parti mana sekalipun, asalkan orang itu mengaku dirinya adalah Muslim, mereka kena jaga tatasusila seperti yang diajarkan oleh Islam,” katanya ketika dihubungi FMT pada Rabu.

Katanya, sebagai seorang pemimpin, pastinya perbuatan itu mendapat perhatian dan apa yang berlaku ia akhirnya memalukan diri sendiri.

Jelas Khairuddin, gambar itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Pas meskipun Mat Sabu pernah menyertai parti itu yang kini diteraju ulama.

Sebelum ini, salah seorang pengirim gambar berkenaan dilaporkan telah memohon maaf di Facebook kerana memuat naiknya di laman sosial.

Tiada ulasan: