Mustafar
bercakap pada sidang media Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC)
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar
Online oleh FATHIN ATHIRAH HASLI
PUTRAJAYA - Lebih 1,000 peserta disahkan telah mendaftar untuk menjadi
sebahagian daripada peserta Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC)
tiga hari berturut-turut bermulai esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Persidangan IACC, Datuk Mustafar Ali
berkata, sehingga hari ini, lebih 800 peserta dari luar negara dan 300
peserta dalam negara telah mendaftar untuk persidangan tersebut.
"Kami sasarkan seramai 250 peserta terdiri dari pihak NGO dan
persendirian untuk persidangan ini, tapi 300 peserta dari negara ini
telah mendaftar.
“Perasmian akan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Paul Low Seng Kuan dan bengkel akan bermula esok dan persidangan ini
akan berjalan selama tiga hari sehingga Jumaat ini,” katanya ketika
ditemui pada sidang media Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di
Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini, hari ini.
Persidangan IACC merupakan persidangan peringkat antarabangsa yang
digariskan khusus untuk menentang dan memerangi rasuah di setiap negara
yang terlibat.
Lebih 130 negara dikatakan menghantar wakil masing-masing untuk
berkongsi ilmu dan maklumat untuk dijadikan panduan dalam membasmi
gejala rasuah di negara yang terlibat.
“Antara negara yang turut terlibat dalam persidangan ini termasuk,
Kenya, Filipina, Australia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, dan
Tanzania.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.