Halaman

Khamis, 3 September 2015

Najib tegur Tun M kerana menentangnya

 
Najib menegaskan tidak terlintas difikirannya seorang yang pernah menjadi perdana menteri akan menentangnya 


mahathir,najib


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara.

Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beliau bukan lagi Perdana Menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan,” kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia di ibu negara pada Khamis.

Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib malah, turut memintanya meletak jawatan selepas dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada Perdana Menteri saya yang terdahulu, akan menentang saya dengan cara begini,” kata Najib.

Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan sambil menyatakan kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB.– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.