Halaman

Khamis, 3 September 2015

Rosmah seru isteri pemimpin bantu hentikan fitnah

 
Ahli Bakti perlu memainkan peranan dengan tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk memainkan sebarang isu yang boleh menyemarakkan api perkauman. 


rosmah-mansur


PETALING JAYA : Isteri pemimpin negara mempunyai tanggungjawab untuk membantu mengekalkan perpaduan rakyat serta menghentikan penyebaran fitnah yang berlaku di media sosial.

Presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Paduka Rosmah Mansor berkata, mereka perlu memainkan peranan dengan tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk memainkan sebarang isu yang boleh menyemarakkan api perkauman.

“Kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja memusnahkan perpaduan di dalam negara ini dengan menabur fitnah serta menanam sifat kebencian kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Isteri Barisan Nasional Program Tahunan Wakil Rakyat di Ipoh pada Khamis.

Isteri Perdana Menteri berkata, selain mempunyai tanggungjawab kepada suami dan keluarga, ahli Bakti harus memainkan peranan dalam memastikan keamanan dan perpaduan terus kekal untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Beliau juga berpendapat bahawa anggota Bakti perlu untuk menyedarkan rakyat tentang dasar-dasar dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mereka, lapor The Star.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.