Abdul Wahid
PUTRAJAYA - Mana-mana negara tidak akan mencapai kemajuan menerusi
kedudukan ekonomi yang mampan jika gejala rasuah kekal sebagai wabak
dalam sistem pentadbiran negara, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata, rasuah mungkin mendorong kepada pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik yang lebih rendah serta percambahan ekonomi bawah tanah yang tidak memberi petanda baik kepada mana-mana negara.
Bagaimanapun, beliau berkata, Malaysia tidak menghadapi masalah seperti itu kerana ia telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus pada 1970 kepada 0.6 peratus pada 2014.
"Ini tidak bermakna rasuah tidak wujud di Malaysia malah ia wujud dan sebenarnya kita tahu ia adalah masalah yang perlu ditangani," katanya dalam ucapan penutupannya pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di sini, hari ini.
Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi prospek dan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dengan catatan pertumbuhan 5.3 peratus pada separuh pertama tahun ini, meneruskan pertumbuhan 6.0 peratus yang direkodkan tahun lepas.
Abdul Wahid berkata, sebab rasuah wujud disebabkan beberapa orang yang melakukan jenayah berpendapat mereka boleh melepaskan diri daripada perbuatan mereka.
"Bagaimanapun, ini tidak benar kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan kaedah tidak gentar atau pilih kasih dalam soal ini," katanya sambil menambah agensi itu boleh memanggil sesiapa sahaja untuk siasatan tanpa sebarang sekatan atau menguatkuasakan undang-undang secara adil dan konsisten.
Beliau berkata, agensi-agensi berkaitan juga perlu mengangkap mereka yang memberi rasuah.
"Apabila tindakan diambil terhadap kedua-dua pihak, maka perbuatan memberi dan menerima rasuah akhirnya akan berhenti," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.