Pilihananraya Umum ke 14 : Umno dan Barisan Nasional Mahu Rampas Selangor? Apa Akata Rakyat Selangor?
Hakikatnya hari ini UMNO dan Barisan
Nasional tidaklah sekuat yang seperti dahulu yang mana mereka begitu
mudah memperolehi majoriti 2/3 dalam setiap Pilihanraya Umum di
Malaysia.
Sekarang
ini mereka perlu bekerja keras untuk menawan semula lebih-lebih lagi
negeri-negeri kaya yang telah terlepas dalam genggaman mereka
termasuklah Selangor. Rata-rata rakyat di Selangor golongan yang celik
Internet dan ramai terdiri daripada kelompok profesional.
Cara berpolitik seperti dahulu tidak
sesuai lagi diamalkan kepada bakal pengundi anda. UMNO dan Barisan
Nasional terkenal dengan kemenangan di kawasan-kawasan pinggir bandar
dan pedalaman di Malaysia, di situ sahaja kita UMNO dan Barisan Nasional
boleh menilai semula dan muhasabah diri apa silap anda semua.
- Mengapa kawasan bandar memilih pembangkang? Adakah pengundi di sana kurang celik?
- Mengapa kawasan pedalaman memilih Barisan Nasional? Adakah mereka kurang celik?
Jangan angkuh dan sombong kepada rakyat
ketika sudah menang, tetapi melutut menagih simpati dan undi ketika
menjelang Pilihanraya Umum.
Hasrat Timbalan Perdana Menteri yang
merangkap Naib Presiden UMNO tiada salahnya, untuk menang dalam
Pilihanraya Umum ke 14 di Selangor. Semua orang mahu menang bukan?
Tetapi mesti disertakan dengan usaha yang relevan pada masa kini.
Pilihananraya Umum ke 14 : Rakyat Selangor Adalah Pelanggan, Tuan Anda!
- Untuk menagih undi, bukan suruh pengundi ikut cara kita
- Tetapi anda sebagai pemimpin parti mesti ikut kehendak pengundi
- Pengundi adalah pelanggan anda. Patutkah pelanggan ikut cakap dan rentak pemilik kedai?
Jangan hanya bercakap sahaja buktikan.
Masih ada masa untuk anda berubah. Rakyat terus memerhatikan anda.
Samada pada keputusan Pilihanraya Umum ke 14 kelak, anda bakal merampas
kembali negeri Selangor atau anda bakal dihukum?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan