KLCC
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low
menangkis dakwaan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal dari segi
ekonomi.
Kata Paul, setakat ini, kerajaan telah menguruskan negara dengan baik walaupun dibelenggu dengan skandal rasuah.
“Dengan keadaan negara yang masih aman dan tidak huru-hara, saya boleh katakan Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal seperti yang didakwa.
“Saya tidak fikir Malaysia ada tanda-tanda untuk menjadi sebuah negara yang gagal dengan apa yang kita ada sekarang,” katanya pada sesi pleno di Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke-16 (IACC) di sini, hari ini.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar mengeluarkan kenyataan Malaysia menghampiri status sebuah negara gagal apabila terlibat dengan pelbagai siasatan yang dijalankan berkenaan isu badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akbar pada akhir Julai lalu seperti dipetik sebagai berkata, dakwaan tersebut juga dibuat susulan perubahan yang dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengkritik pengendalian kerajaan dalam isu 1MDB dan penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara secara tiba-tiba.
"Jika kita (Malaysia) adalah sebuah negara yang gagal, akan ada huru-hara setiap masa di dalam negara kita, kadar pengangguran juga akan menjadi sangat tinggi.
"Tetapi itu tidak bermakna kita tidak ada isu rasuah. Rasuah masih menjadi isu dalam negara ini, tetapi apa yang saya tekankan sekarang adalah kerajaan berjaya menguruskan ekonomi negara dengan baik, " tegasnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.