Halaman

Sabtu, 5 September 2015

Sikap PAS terhadap baiah boleh jejaskan pelaksanaan hudud - Hanipa

ANTARAPOS.COM


Post Pic


SHAH ALAM: Salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyifatkan desakan PAS bahawa mereka yang melanggar baiah sehingga jatuh talak tiga terhadap isteri mereka mencerminkan petanda tidak baik terhadap rancangan parti Islam itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
 
Hanipa Maidin berpendapat tindakan itu hanya menyebabkan ramai pihak berpandangan PAS lebih gemar menghukum berbanding menegakkan keadilan.
 
Malah beliau menyifatkan ceramah-ceramah PAS berkenaan hudud yang dikatakan memberi keadilan kepada semua orang seolah-olah melepaskan batok di tangga.
 
"Melihat kepada sikap sesetengah pemimpin PAS dan mufti Kelantan yang membenarkan penceraian itu (terhadap mereka yang keluar parti) hanya kerana perbezaan pendapat membuatkan saya tertanya-tanya.
 
"Bagaimana orang ramai boleh meyakini bahawa hudud di Kelantan nanti telus pelaksanaannya atau hanya bertujuan untuk menghukum?
 
"Hudud seharusnya menjadikan seseorang itu sukar untuk dihukum, kerana prosedurnya dan prinsip Islamnya menyukarkan seseorang itu menjatuhkan hukuman, namun kini semuanya seperti janji kosong sahaja," katanya.
 
Hanipa berkata demikian sebagai mengulas gesaan penggubal undang-undang syariah di Kelantan, termasuk kes penceraian talak tiga yang membabitkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli kerana melanggar baiah selepas menyertai Amanah.
 
Ahli Parlimen Sepang itu kemudiannya mendakwa orang agama di dalam PAS lebih cenderung untuk menghukum berbanding untuk memaafkan.
 
"Ini amat berbeza dengan sikap Nabi Muhammad SAW," ujarnya.
 
Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.
 
Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.