KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia serius dalam membanteras gelaja rasuah
dan ini terbukti dengan peningkatan jumlah sabitan kes, kata Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya kadar sabitan kes oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) telah meningkat daripada 54 peratus pada 2009 kepada 78 peratus
pada 2014.
"Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kedudukan Malaysia meningkat tiga
anak tangga daripada kedudukan ke-53 daripada 175 negara pada 2013
kepada kedudukan ke-50 pada 2014. Ini merupakan kedudukan kedua terbaik
dalam ASEAN selepas Singapura," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Beliau berkata kerajaan berhasrat untuk melakukan usaha yang lebih baik
dengan menetapkan sasaran menghuni kelompok 30 negara terbaik dalam
senarai CPI menjelang 2020.
Ahmad Zahid berkata tahun lepas semakan Konvensyen Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) memuji usaha
kerajaan dengan menyatakan Malaysia "telah menerima syor untuk amalan
terbaik dalam sejumlah 23 bidang, iaitu jumlah tertinggi daripada semula
negara yang disemak semula.'
Ini termasuk ketiadaan undang-undang sekatan yang membantu menghalang
pesalah mengelak pendakwaan, penubuhan 14 mahkamah antirasuah di mana
hakim diarah mendengar kes dalam tempoh satu tahun dan boleh
dipertanggungjawabkan kerana tidak mematuhi arahan itu.
Ia juga termasuk insiatitf dalam kalangan sektor swasta untuk memerangi
rasuah dengan lebih 142,000 telah menandatangani ikrar integriti
korporat, kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.
Beliau berkata ini termasuk komitmen tahap tinggi untuk membanteras
rasuah di peringkat antarabangsa di mana Malaysia telah memerima pujian
kerana mengambil langkah-langkah untuk mempercepatkan prosedur
ekstradisi dan memudahkan syarat untuk memperoleh bukti.
"Di negara-negara yang mempunyai tahap rasuah yang tinggi, usaha-usaha
untuk menangani kemiskinan dan menggalakkan pembangunan terjejas akibat
gelaja ini," katanya sambil menegaskan isu seperti itu tidak berlaku di
Malaysia.
Ahmad Zaid berkata kadar kemiskinan di negara ini telah dikurangkan
daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 0.6 peratus pada 2014.
Beliau berkata Malaysia menduduki ranking ke-18 daripada 189 negara
dalam laporan mudah menjalankan perniagaan pada 2015 manakala 1MD
Yearbook 2015 meletakkan Malaysia pada ranking ke-14 daripada 61 negara
sebagai negara paling berdaya saing.
"Kita tidak mungkin dapat mencapai keputusan ini sekiranya gelaja
rasuah tidak ditangani dengan kuasa penuh undang-undang," katanya.
Menyedari tema Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 iaitu
'Mengakhiri Kekebalan' yang kini berlangsung di Putrajaya, timbalan
perdana menteri itu berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
akan ditubuhkan semula pada sidang Parlimen akan datang dan siasatan
yang dijalankan oleh badan itu sebelum ini akan diteruskan.
Katanya adalah malang untuk ketua-ketua pertubuhan bukan kerajaan
antarabangsa (NGO) datang ke Malaysia hanya untuk diperdayakan dengan
dakwaan tidak berasa yang dikitar semula dan sengaja melibatkan diri
mereka dalam politik dalaman negara.
"Kami yakin akan memenangi perang menentang rasuah ini dan terus
melakukan pembaharuan untuk meningkatkan integriti dan ketelusan dalam
sektor awam dan swasta.
"Mereka yang didapati melanggar undang-undang akan tetap didakwa.
Perdana Menteri sudah pun menyatakan ini dengan jelas...biar saya ulangi
bahawa tidak akan ada kekebalan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.