Halaman

Selasa, 24 November 2015

Guan Eng perhati prestasi 5 ADUN PKR

ANTARAPOS.COM


Post Pic


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mempertahan pendiriannya membidas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang tidak mengundi menolak usul tambakan tanah dikemuka pembangkang di sidang Dewan Undangan Negeri, Jumaat lalu.

Lim berkata walaupun isu itu menjejaskan keyakinan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang terhadap lima ADUN itu, mereka kekal sebagai wakil kerajaan negeri.

“Buat masa ini, tugas mereka sebagai wakil kerajaan Pakatan Harapan berjalan seperti biasa, termasuk peruntukan kerajaan untuk kawasan mereka. Kerajaan negeri akan menilai sokongan dan prestasi mereka terhadap tugas berkaitan kerajaan negeri," The Malaysian Insider memetik kenyataan beliau hari ini .

Sidang DUN Pulau Pinang Jumaat lalu menolak usul Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mencadangkan supaya semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum.

Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul itu selepas 23 ahli dewan menentang, 10 menyokong dan lima tidak mengundi.

Usul itu juga disokong ahli DAP Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah).

ADUN yang berkecuali ialah Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T Jayabalan (PKR-Batu Uban).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.