QURNISHA HAMKA
Datuk Seri Ismail Sabri
menyifatkan tindakan Chieng Jen jelas tidak menghormati Perlembagaan
Malaysia yang meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan
seharusnya di hormati di dalam Dewan Rakyat. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Tindakan Ahli Parlimen (MP) Bandar Kuching, Chong Chieng Jen yang berkeras berbahas di Parlimen dalam Bahasa Inggeris adalah biadap, tegas Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri.
Menurut beliau, Ahli Parlimen DAP itu
jelas tidak menghormati Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa rasmi dan seharusnya di hormati di dalam Dewan
Rakyat.
“Saya rasa tindakan MP Bandar Kucing itu
untuk memperlekehkan Bahasa Malaysia, saya anggap satu tindakan yang
biadap kalau tidak mahu cakap Bahasa Malaysia di dalam Parlimen.
“Ini bukan soal hak asasi, ini bukan soal
hak tapi kita sudah tahu itu bahasa rasmi,” katanya di dalam sidang
media di Majlis Graduasi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Felcra
Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC) hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas
berkenaan tindakan Chieng Jen di Dewan Rakyat minggu lalu yang berkeras
ingin berucap di dalam bahasa Inggeris ketika berbahas.
Perkara
berkenaan disifatkan Ismail sebagai tidak wajar memandangkan penggunaan
Bahasa Malaysia sejak dulu lagi tidak pernah dipertikaikan.
“Dulu, tidak ada pernah orang mempersoal
kalau dulu nak guna satu Bahasa Inggeris pun dengan izin, sampai begitu
orang menghormati Bahasa Malaysia di dalam Parlimen.
“Tapi hari ini DAP Bandar Kuching menolak
Bahasa Malaysia. Tidak ada alasan yang dia boleh guna, (ini) tidak
menghormati perlembagaan kerana Bahasa Malaysia Bahasa kebangsaan,”
tegas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu.
Sebelum ini, Chieng Jen mengemukakan di
dalam Dewan Rakyat mengenai hak Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak
untuk berucap dalam Bahasa Inggeris di Dewan Rakyat, sehingga
menimbulkan kekecohan dan pertikaman lidah dengan beberapa anggota
Parlimen lain.
Perkara itu bagaimanapun dijelaskan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said
bahawa penggunaan bahasa kebangsaan dalam Dewan Rakyat adalah tertakluk
di bawah Akta Bahasa Kebangsaan 1957 dan Peraturan Majlis Mesyuarat
Dewan Rakyat.
Beliau berkata, penggunaan bahasa
Inggeris atau bahasa selain bahasa kebangsaan oleh mana-mana ahli
Parlimen ketika mengambil bahagian berucap dan berbahas di Dewan Rakyat
boleh dilakukan dengan kebenaran atau keizinan Yang Dipertua Dewan
Rakyat sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.