ZALINAH NOORDIN
Huan Cheng Guan berkata, Guan Eng tidak mendapat sokongan dalaman DAP dan perkara itu bukan rahsia. Foto fail TRP
GEORGE TOWN, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar bertanding dalam pemilihan DAP negeri, Ahad ini.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk
Huan Cheng Guan, berkata Guan Eng untuk mengukur samada beliau masih
mendapat sokongan daripada ahli-ahli DAP negeri.
Beliau berkata, penyertaan Guan Eng dalam
pemilihan itu, akan membuktikan bahawa lantikan beliau sebagai Ketua
Menteri dibuat dengan betul dan mendapat kelulusan semua ahli DAP.
“Saya tertanya-tanya bagaimana Lim boleh
menjadi Ketua Menteri ketika dia tidak mempunyai jawatan di peringkat
negeri dalam DAP Pulau Pinang.
“Kerana itu, mengapa Chow Kon Yeow lebih
sesuai kerana dia adalah Pengerusi DAP Negeri ketika Lim sendiri tidak
mempunyai sebarang jawatan,” kata Huan dalam sidang akhbar, hari ini.
Pada pemilihan DAP negeri 2013, Guan Eng tidak bertanding sekalipun beliau adalah ahli DAP Pulau Pinang, ketika itu.
Pemilihan
itu menyaksikan Kon Yeow muncul sebagai Pengerusi DAP Negeri yang bagi
dengan undian tertinggi iaitu 621 daripada keseluruhan jumlah undia 661.
Cheng Guan berkata, dia menjangka Kon
Yeow tidak akan menghadapi masalah untuk mendapat kembali jumlah undi
hampir sana, atau pun lebih tinggi daripada populariti yang diraihnya
ketika ini.
“Kita akan tengok Ahad ini,” katanya.
Cheng Guan berkata lagi, Guan Eng tidak
seharusnya membiarkan peluang yang ada untuk bertanding kerana ia boleh
membantu mmebaiki imej serta kredibilitinya yang sudah rosak dan
tercalar.
Beliau berkata, sekalipun menjawat
jawatan Ketua Menteri dan Setiausaha Agung parti, Guan Eng tidak
mendapat sokongan dalaman DAP dan ia bukan rahsia.
Malah, beliau merujuk kepada contoh di
mana Guan Eng hanya mampu meraih 1,575 undian pada Pemilihan
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
“Lebih teruk, dia hanya mampu meraih 1,304 undian pada pemilihan semua CEC pada 2013 dengan kedudukan kelima tertinggi.
“Maka, soalan saya adalah bagaimana orang
seperti ini yang meraih undian kelima tertinggi boelh menjadi
Setiausaha Agung DAP?” personal Cheng Guan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.