HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 November 2015

Rashid nafi cubaan rampasan kuasa TKM1 di P Pinang

 
PKR yakin dapat selesaikan masalah dengan DAP secara baik mengikut kerangka Dasar Pakatan Harapan.


penang


PETALING JAYA: Datuk Mohd Rashid Hasnon menafikan ada usaha rampasan kuasa jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang beliau sandang oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.

Katanya, perkara itu tidak benar dan beliau tetap bersama-sama PKR Pulau Pinang mengangkat agenda reformasi dan perubahan yang menjadi harapan rakyat Pulau Pinang.

“Saya dan PKR Pulau Pinang percaya bahawa isu ini dan isu-isu yang berkait dengannya boleh diselesaikan dengan baik oleh pimpinan Pakatan Harapan di dalam semangat dan kerangka Dasar Bersama Pakatan Harapan,” katanya menerusi kenyataan media.

Dakwaan itu timbul selepas beliau dikatakan gagal mengawal tindakan lima ADUN PKR yang berkecuali dalam pengundian usul yang dibawa seorang wakil ADUN UMNO pada Jumaat lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng melabelkan lima ADUN PKR itu sebagai menyokong UMNO.

PKR bagaimanapun mempertahankan tindakan ADUN berkenaan kerana mengundi ‘mengikut kata hati’ adalah amalan demokrasi.

Tiada ulasan: