HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Disember 2015

Pemimpin PSM ditahan di bawah Akta Hasutan

Shakira Buang


 


Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd Ghani ditahan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia sebaik sahaja hadir untuk memberi keterangan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini.

Setiausaha Agungnya, Sivarajan Arumugan berkata Khairul dikepung sepasukan polis Jumaat lalu ketika hadir dalam satu forum di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, selepas berunding dengan pegawai penyiasat yang terlibat Khairul diminta hadir ke ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Aman untuk memberi keterangan.

Namun, sebaik sahaja tiba di IPD Bukit Aman sekitar jam 9.00 pagi Khairul dimaklumkan bahawa kes tersebut dipindahkan ke IPD Dang Wangi.

"Jumaat lalu Khairul telah dikepung dalam satu forum di Kuala Terengganu namun selepas berbincang beliau bersedia untuk hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan.

"Tetapi, pagi ini Khairul telah dimaklumkan bahawa beliau akan ditahan, katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Dang Wangi.

Mengulas lanjut, Sivarajan berkata pihaknya tidak dimaklumkan Khairul ditahan atas kesalahan apa.

"Kita tidak diberitahu atas kesalahan apa dan siasatan yang dijalankan ke atas Khairul," kata Sivarajan.

Sehubungan itu, Sivarajan berkata buat masa ini pihaknya bersama-sama peguam Khairul akan menunggu tempoh 24 jam dan berharap supaya Khairul dilepaskan.




Tiada ulasan: