HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Januari 2016

1MDB nafi dihubungi Pejabat Peguam Negara

1MDB
1Malaysia Development Berhad


SHAH ALAM - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menegaskan mereka tidak dihubungi Pejabat Peguam Negara Switzerland seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa berkaitan siasatan terhadap syarikat itu, hari ini.

Menjawab dakwaan itu, 1MDB melalui kenyataan medianya menjelaskan mereka bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan mahupun luar negara andai diperlukan.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB tidak pernah dihubungi oleh pihak berkuasa undang-undang asing.

“1MDB akan terus komited memberi kerjasama sepenuhnya terhadap mana-mana pihak berkuasa undang-undang, tertakluk kepada nasihat daripada penguatkuasa tempatan dan mengikut protokol,” kata kenyataan itu, hari ini.

Laporan media antarabangsa menyebut, wakil Pejabat Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber menjelaskan, bahawa beliau secara rasminya meminta bantuan Malaysia berhubung siasatannya terhadap 1MDB, semalam.

Kata Lauber, permintaan itu adalah mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara yang berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, dakwaan salah laku di pejabat awam, dakwaan pengubahan wang haram dan dakwaan jenayah salah urus di 1MDB.

Jumlah yang didakwa diseleweng itu disyaki sekitar AS$4 bilion (RM16.6 bilion).


Tiada ulasan: