Halaman

Rabu, 6 Januari 2016

Ahmad Maslan beri formula tambah pendapatan

 
Lebih baik rakyat mempratikkan formula itu daripada merunggut masalah kenaikan kos sara hidup


pkpk


PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan memberi formula untuk membantu rakyat mengatasi kos sara hidup yang semakin tinggi iaitu Pendidikan, Kemahiran, Produktiviti, Keusahawan (PKPK).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, lebih baik rakyat mempratikkan formula itu daripada mengkritik bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Daripada kita jerit kos sara hidup tinggi, lebih baik kita tambah pendapatan dengan usaha pelbagai. Dengan itu saya ada formula yang boleh digunakan rakyat iaitu PKPK.

“Kalau kita ada pendidikan, maka kita akan dapat gaji yang baik dan kos sara hidup tinggi kita boleh serap. Kalau kita ada kemahiran kita akan dapat pekerjaan yang baik dan gaji tinggi.

“Produktiviti pula jika ada segala usaha, kita juga boleh tambah pendapatan. Manakala keusahawanan seperti meniaga pula dapat tambah pendapatan,” katanya dalam satu wawancara bersama program Wanita Hari Ini di TV3, hari ini.

Ahmad Maslan turut mengalakkan agar mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan sebagai tambahan pendapatan mendapatkan ilmu yang secukupnya.

“Nak meniaga kena ada ilmu, jangan bankrap nanti cari saya. Modal pertama niaga ialah ilmu, mana nak cari ilmu itu kena pergi kursus dan seminar.

“Pada 17 Januari ini pukul 3 petang di PWTC, saya akan panggil beberapa pakar untuk bercakap dan menerangkan bagaimana rakyat boleh tambah pendapatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.