Langkah itu diambil sebagai usaha memastikan tahap pencemaran dapat diatasi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membuat keputusan menghentikan sementara semua aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Kuantan selama tiga bulan bermula 15 Januari ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah itu dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri dan pusat melaksanakan penguatkuasaan bersepadu dalam memastikan masalah pencemaran diatasi.
“Tempoh moratorium (henti sementara) ini akan dilaksanakan selama tiga bulan mulai tarikh tersebut.
Tindakan penguatkuasaan bersepadu akan melibatkan agensi Persekutuan dan negeri termasuklah tentera, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya semasa sidang media yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, pihak kerajaan melalui kerajaan negeri akan membuka satu saja kawasan khusus untuk dijadikan lokasi pengumpulan bauksit selepas ini dan ia sudah dikenal pasti.
“Kita akan membuka satu tempat pengumpulan sahaja berbanding 11 sebelum ini. Kawasan yang lain akan ditutup secara berperingkat,” katanya.
Terdahulu, Kabinet memutuskan aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, yang mencetuskan kebimbangan risiko pencemaran alam sekitar dan bantahan meluas penduduk dihentikan sementara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.