Halaman

Selasa, 26 Januari 2016

Buang Pekerja dan Kakitangan Petronas Tawar VSS, Potong Gaji, 4 Hari Bekerja? Bonus?

Buang Pekerja dan Kakitangan Petronas Tawar VSS, Potong Gaji, 4 Hari Bekerja. Bonus?


buang petronas


Macam-macam yang kita dengar disebalik musim harga minyak dunia diambang yang sangat tidak menyebelahi syarikat-syarikat gergasi minyak di seluruh dunia termasuklah melibatkan syarikat Petronas.

Di luar sana, beberapa syarikat gergasi minyak dunia telah mula kad merah kepada kalangan kakitangan mereka, termasuklah Bristih Petroleum BP, Shell, Schlumberger dan banyak lagi. Begitu besar impak kejatuhan harga minyak kepada dunia.
Berdasarkan rangkuman melalui memo, dan laporan berita yang sudah tersebar pada ketika ini, antara pelan yang bakal diambil Petronas bagi berhadapan dengan harga minyak dunia yang cukup rendah ialah :

 

Senarai Rancangan Petronas : Buang Tawar VSS, Potong, Hari Bekerja?

 

  1. Petronas rancang buang pekerja dan kakitangan Petronas iaitu tawar VSS (Voluntary separation scheme) kepada kakitangan tetap
  2. Gabungkan beberapa jabatan perdagangan dan kewangan dengan jabatan yang menguruskan akaun
  3. Menangguhkan beberapa projek
  4. Kajian semula terhadap model operasi Petronas selama ini
  5. Cadangan untuk 4 hari bekerja
  6. Cadangan potongan gaji 20 peratus hingga 30 peratus
  7. Bagaimana pula agaknya pemberikan dan pembayaran bonus Petronas tahun 2016 ini?
KLIK SINI : Kerajaan Malaysia Bakal Hilang Pendapatan Sekitar RM25 Bilion (37 peratus) Cukai, Dividen & Royalti Petronas. Masa Untuk Malaysia Berjimat Cermat, Tidak Boros!

Walaubagaimanapun, butiran lengkap akan diumumkan sendiri CEO Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin pada bulan Mac 2016 ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripadanya.

Berita Semasa berharap, janganlah dibuang pekerja dan kakitangan Petronas, jikalau dipotong gaji dan manfaat sekalipun dengan keadaan sekarang ini, ia adalah jauh lebih baik untuk kebaikan bersama. Moga-moga kita semua dipermudahkan.

Pada ketika Berita Semasa menulis dan mengeluarkan la;oran berita ini pun, harga minyak dunia telah cecah US$26 setong.

P/S : Berbeza sungguh cara bagaimana syarikat korporat menguruskan syarikat mereka. Contohnya Petronas, bos-bos besar tidak terlepas untuk menanggung bersama kesukaran yang dihadapi oleh Petronas pada ketika ini. Adakah ini juga akan dicontohi oleh kerajaan Malaysia dalam rombakan bajet 2016 kelak?

PP/S : Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tdak menentu, diharapkan usahlah kerajaan menanggung “jawatan biawak hidup” dalam kerajaan Malaysia. Yang tidak perlu, usah diadakan. Yang sudah ada, jikalau tidak impak besar kepada Malaysia, mohon kosongkan segera jawatan tersebut dan dihapuskan segera.

PPP/S : Dan terkini, mula terdapat arahan daripada bank Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional BSN supaya tidak menerima permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, kereta daripada kalangan dari sektor minyak dan gas sebagai langkah berjaga-jaga. Sampai begitu sekali? Butiran ada pada koleksi gambar di bawah ini…..

petronas wall street journal utusan malaysia gaji petronas bonus petronas pinjaman petronas elaun
SEBARKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.