Buang Pekerja dan Kakitangan Petronas Tawar VSS, Potong Gaji, 4 Hari Bekerja. Bonus?
Macam-macam yang kita dengar disebalik
musim harga minyak dunia diambang yang sangat tidak menyebelahi
syarikat-syarikat gergasi minyak di seluruh dunia termasuklah melibatkan
syarikat Petronas.
Di luar sana, beberapa syarikat gergasi
minyak dunia telah mula kad merah kepada kalangan kakitangan mereka,
termasuklah Bristih Petroleum BP, Shell, Schlumberger dan banyak lagi.
Begitu besar impak kejatuhan harga minyak kepada dunia.
Berdasarkan rangkuman melalui memo, dan
laporan berita yang sudah tersebar pada ketika ini, antara pelan yang
bakal diambil Petronas bagi berhadapan dengan harga minyak dunia yang
cukup rendah ialah :
Senarai Rancangan Petronas : Buang Tawar VSS, Potong, Hari Bekerja?
- Petronas rancang buang pekerja dan kakitangan Petronas iaitu tawar VSS (Voluntary separation scheme) kepada kakitangan tetap
- Gabungkan beberapa jabatan perdagangan dan kewangan dengan jabatan yang menguruskan akaun
- Menangguhkan beberapa projek
- Kajian semula terhadap model operasi Petronas selama ini
- Cadangan untuk 4 hari bekerja
- Cadangan potongan gaji 20 peratus hingga 30 peratus
- Bagaimana pula agaknya pemberikan dan pembayaran bonus Petronas tahun 2016 ini?
Walaubagaimanapun, butiran lengkap akan
diumumkan sendiri CEO Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin pada
bulan Mac 2016 ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi
daripadanya.
Berita Semasa berharap, janganlah
dibuang pekerja dan kakitangan Petronas, jikalau dipotong gaji dan
manfaat sekalipun dengan keadaan sekarang ini, ia adalah jauh lebih baik
untuk kebaikan bersama. Moga-moga kita semua dipermudahkan.
Pada ketika Berita Semasa menulis dan mengeluarkan la;oran berita ini pun, harga minyak dunia telah cecah US$26 setong.
P/S : Berbeza sungguh cara bagaimana
syarikat korporat menguruskan syarikat mereka. Contohnya Petronas,
bos-bos besar tidak terlepas untuk menanggung bersama kesukaran yang
dihadapi oleh Petronas pada ketika ini. Adakah ini juga akan dicontohi
oleh kerajaan Malaysia dalam rombakan bajet 2016 kelak?
PP/S : Dalam keadaan ekonomi Malaysia
yang tdak menentu, diharapkan usahlah kerajaan menanggung “jawatan
biawak hidup” dalam kerajaan Malaysia. Yang tidak perlu, usah diadakan.
Yang sudah ada, jikalau tidak impak besar kepada Malaysia, mohon
kosongkan segera jawatan tersebut dan dihapuskan segera.
PPP/S : Dan terkini, mula terdapat
arahan daripada bank Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional BSN supaya
tidak menerima permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, kereta daripada
kalangan dari sektor minyak dan gas sebagai langkah berjaga-jaga.
Sampai begitu sekali? Butiran ada pada koleksi gambar di bawah ini…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan