Halaman

Rabu, 6 Januari 2016

Ketua Hakim Negara nafi hakim kes Khairuddin, Chang dihukum

MALAYSIAKINI


 


Hakim yang membenarkan ikat jamin untuk peguam Matthias Chang dan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berikutan pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) bukan dipindahkan sebagai hukuman, kata Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

Sebaliknya, kata beliau, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mempercepatkan pendengaran kes.

"Kami mempunyai hampir 400 kes jenayah di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Ia bukan hukuman, "kata Ariffin yang dipetik akhbar The Star.

"Ini bukan sesuatu yang tidak normal. Kami memerlukan lebih banyak hakim yang berpengalaman di mahkamah tertentu untuk mempercepatkan pendengaran kes.

“Ini juga adalah kerana ada yang dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan dan pelantikan pesuruhjaya kehakiman," katanya.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris itu bahawa "senarai rombakan tahun ini" adalah normal.

Hakim Azman bersama-sama dengan 12 hakim atau Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi dipindahkan berkuat kuasa 1 Januari lalu, berikutan pekeliling bertarikh 7 Disember yang dipersetujui oleh Arifin.

Hakim Azman pada 18 November tahun lalu bahawa pertuduhan terhadap Chang, bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Khairuddin yang didakwa mensabotaj perkhidmatan kewangan negara bukan di bawah di Sosma.

Katanya, ia tidak termasuk dalam bidang kuasa Perkara 149 ( 1) Perlembagaan Persekutuan manakala undang-undang Sosma digubal oleh Parlimen.

Hakim Azman dengan itu memutuskan bahawa kedua-dua mereka akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, perkara dibawa untuk rayuan di Mahkamah Rayuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.