Halaman

Rabu, 6 Januari 2016

Penganalisis pelik MAS hadkan kebenaran bagasi kerana angin kencang

MALAYSIAKINI


 


Penganalisis penerbangan menyifatkan keputusan Malaysia Airlines (MAS) untuk mengenakan had kebenaran bagasi yang didaftar masuk buat sementara waktu bagi laluan Kuala Lumpur-Eropah kerana angin kencang "membingungkan" dan "pelik".

Menurut AFP, penganalisis berkata, jika ini benar, maka ia akan memberi kesan kepada semua syarikat penerbangan lain dari rantau ini yang terbang ke Eropah.

"Ia adalah sangat luar biasa dan pelik tetapi kita sudah biasa dengan Malaysia Airlines.

"Jika dakwaan mereka itu benar, maka semua penerbangan lain dari Asia Tenggara ke Eropah juga tidak dapat untuk mendaftar masuk bagasi.

"Sepanjang tempoh 20 tahun saya dalam industri penerbangan, saya tidak pernah mendengar keputusan yang tidak masuk akal seperti itu," kata seorang penganalisis yang berpangkalan di Malaysia, Shukor Yusof yang dipetik oleh AFP.

Turut bersetuju dengannya adalah Pengarah Urusan Flightglobal Asia, Greg Waldron yang berkata langkah itu "tidak masuk akal".

"Ia berkemungkinan akan menyebabkan ramai penumpang kecewa dan tidak puas hati," katanya.
MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata ia akan mengenakan had kebenaran bagasi yang didaftar masuk buat sementara waktu bagi laluan Kuala Lumpur-Eropah untuk memastikan keselamatan penumpang memandangkan arus angin kuat yang bukan pada musimnya ketika ini.

Menurut syarikat itu, tindakan berkenaan adalah atas tujuan keselamatan, ia ketika kini mengendalikan laluan lebih jauh menerusi Mesir ke Eropah, ditambah dengan arus angin kuat sementara bukan pada musimnya, akan mengehadkan keupayaannya untuk membawa bagasi dalam kargo.

"Laluan penerbangan jarak jauh ini menggunakan lebih banyak bahan api dan atas sebab-sebab keselamatan, Malaysia Airlines terpaksa mengehadkan kebenaran bagasi yang didaftar masuk buat sementara waktu," kata syarikat penerbangan itu.

"Mulai malam ini 5 Januari (sehingga diberi tahu kelak), syarikat penerbangan itu hanya dapat menerima bagasi kabin seberat sehingga 7kg -- sebuah beg seberat 7kg untuk penumpang Kelas Ekonomi dan dua beg seberat 14kg (sehingga seberat 7kg untuk sebuah beg) bagi penumpang Kelas Perniagaan/Pertama.

"Bagi penumpang yang berhasrat untuk mendaftar masuk bagasi, mereka tetap boleh berbuat demikian, tetapi bagasi mereka hanya akan sampai kemudiannya," menurut kenyataan itu.laluan yang panjang ke Eropah digabungkan dengan angin kepala sementara musimnya kuat telah menghadkan keupayaan syarikat penerbangan itu untuk membawa bagasi kargo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.