Halaman

Rabu, 27 Januari 2016

PAN gesa krisis peralihan kuasa MB Kedah harus dibawa ke sidang DUN

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (PAN) berpendapat proses peralihan kuasa ekoran kemelut dalam kerajaan negeri Kedah boleh dibuat menerusi undang-undang Negeri Kedah yakni menerusi sidang DUN.
 
Menurut Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, DUN Negeri Kedah seharusnya mengadakan sidang khas bagi menentukan nasib Menteri Besar negeri berkenaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
"Kalau nak berlaku (pertukaran Menteri Besar Kedah) biar dilakukan dalam Dewan (Undangan Negeri) bermakna adakan undi percaya atau tidak percaya (terhadap Datuk Mukhriz Mahathir) dan diadakan di sidang DUN," katanya di lobi Parlimen.
 
Pakatan Harapan sebelum ini mengambil pendirian bahawa sidang DUN Kedah harus diadakan bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Mukhriz.
 
Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam setelah mengadakan Mesyuarat Pakatan Harapan.
 
"Kami (Pakatan Harapan) bila nak tukar Menteri Besar Selangor kami buat melalui undang-undang Negeri," jelas Mujahid lagi.
 
Mujahid berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul yang mendakwa bahawa krisis jawatan Menteri Besar Selangor adalah lebih demokratik daripada yang berlaku di Kedah.
 
PKR kata Johari mempunyai alasan munasabah ketika itu untuk menukarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.