QURNISHA HAMKA
1MDB tumpu usaha
mengambil langkah-langkah perlu, bagi memperoleh kebenaran berkenaan,
untuk melaksanakan perjanjian yang ditandatangani melibatkan penjualan
Edra dan beberapa yang lain.
KUALA LUMPUR, Penjualan tanah di Bandar Malaysia oleh syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), baru-baru ini, hanya melibatkan 60 peratus daripada nilai keseluruhan aset hartanah berkenaan.
1MDB melalui satu kenyataan hari ini
menjelaskan, RM7.4 bilion yang kecoh diperkatakan pemimpin pembangkang,
hanyalah sebahagian daripada keseluruhan penjualan terbabit berdasarkan
saham.
“Penilaian yang terkandung dalam
pengumuman dibuat Konsortium IWH-CREC pada HKEx bukan merujuk kepada
penjualan nilaian tanah, tetapi anggaran saham mereka dalam nilai ekuiti
bersih projek Bandar Malaysia, berdasarkan andaian-andaian tertentu
yang tertakluk kepada perbincangan lanjut, ketika tempoh penyelesaian
antara Januari dan Jun 2016.
“Titik permulaan sebarang perkiraan nilai
ekuiti bersih ialah penilaian jualan tanah, iaitu RM12.35 bilion, di
mana 60 peratus pegangan konsortium tersebut bersamaan RM7.41 bilion.
“Inilah asas di mana
perkiraan deposit 10 peratus bernilai RM741 juta dibuat dan dipersetujui
semua pihak,” demikian menurut kenyataan yang diedarkan hari ini.
Lanjutan itu, menurut syarikat berkenaan,
pelarasan mungkin dibuat ke atas penilaian jualan tanah tersebut,
bergantung kepada beberapa keadaan.
Keadaan tersebut bergantung kepada
liabiliti-liabiliti tertentu dalam Bandar Malaysia yang mungkin boleh
dipindahkan kepada konsortium terbabit.
“Sebagai contoh, baki kos kontrak untuk memproses penempatan semula kemudahan sedia ada serta hutang sukuk Bandar Malaysia.
“Perjanjian yang ditandatangani antara
pihak-pihak terbabit pada 31 Disember 2015, mempunyai mekanisme teguh
dan objektif untuk menentukan, antaranya, hal-hal seperti ini yang telah
mendapat komitmen semua pihak,” menurut kenyataan itu lagi.
Susulan itu, 1MDB sekali lagi
menjelaskan, syarikat itu kini menumpukan usaha untuk mengambil
langkah-langkah perlu, bagi memperoleh kebenaran berkenaan, untuk
melaksanakan perjanjian yang ditandatangani melibatkan penjualan Edra
dan beberapa yang lain.
“Kami akan melaksanakan perjanjian yang
sah dari segi undang-undang untuk penjualan Edra, penukaran hutang IPIC
dan penjualan 60 peratus ekuiti dalam projek Bandar Malaysia,” katanya
lagi.
Berhubung perkara itu, 1MDB hanya
beranggapan, serangan yang disasarkan kepada syarikat berkenaan hanyalah
sebahagian usaha pembangkang bagi menjejaskan proses rasionalisasi
syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.