Bagi Berita Semasa sendiri saiz dan
jumlah 1.5 pekerja Bangladesh yang bakal “berkampung” dan merebut
sedikit sebanyak kekayaan Malaysia apabila dibandingkan dengan keadaan
Malaysia adalah sesuatu yang luar biasa.
Sebagai kerajaan Malaysia yang telah diamanahkan perlulah mencari alasan yang terbaik bagaimana untuk membangunkan negara.
Mungkin mencari penyelesaian mudah
seperti ini, dan kemudian menyalahkan orang lain atas dasar dan
mekanisme yang dirangka oleh meraka yang berkuasa.
Belum campur lagi dengan lambakan
pekerja asing berjumlah 2 juta hari ini. Bertambah teruk lagi lambakan
pendatang tanpa asing PATI terus bermaharajalela di bumi Malaysia kita
ini.
Mungkin menteri boleh bertanya kepada
kalangan majoriti rakyat Malaysia yang beratur panjang setiap awal pagi
menunggang motosikal di tambak Johor, untuk bekerja di Singapore. Apa
agaknya kerja mereka di sana? Jurutera? Majistret? Doktor? Profesion
tinggi?
Sekarang ini dilaporkan seramai 7 juta
pendatang izin dan tanpa izin di Malaysia, iaitu hampir 1/4 daripada
jumlah penduduk Malaysia.
Malaysia Sudah Bersedia Dengan Tambahan 1.5 Pendatang Asing?
- Dari segi keselamatan, cukupkah tentera dan polis mengawal pendatang-pendatang ini?
- Disegi ekonomi, apa untungnya bawa masuk pendatang ramai-ramai seperti ini? Berbillion dibawa keluar Malaysia, bukannya mereka mahu berbelanja lebih di sini pun. Kebanyakan dipulang dan dihantar duit ke kampung halaman masing-masing.
- Dahulu pernah kedengaran cadangan untuk gunapakai “skilled workers”. Akhirnya, pendatang unskilled juga yang dibawa masuk.
KLIK SINI : 888,779 Pendatang Tanpa Izin di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!
P/S : Adakah kita mahu tunggu rumah anak
bangsa kita dirompak, berlaku peningkatan jenayah di Malaysia
dikalangan warga asing barulah kita mahu berfikir menggunakan akal yang
waras tindakan terdahulu adalah satu kesilapan?
PP/S : Majikan memang mahu kurangkan
kos, suka ambil pekerja asing sebab mahu untung lebih. Tetapi kerajaan
yang telah dipilih rakyat perlulah ambil kira beban rakyat yang mahu
sara keluarga, bayar cukai GST, cukai pendapatan, cukai pintu, cukai
tanah, rumah, kereta, motor, tol dan sebagainya.
PPP/S : Bayar gaji berbelas ribu setiap
bulan, dicampur pelbagai elaun yang ditanggung rakyat, hanya ini idea
yang mampu dihasilkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan