Halaman

Rabu, 17 Februari 2016

Angin kencang, laut bergelora sehingga Isnin

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pantai Timur, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, Sabah mulai hari ini hingga Isnin.
 
Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan.
 
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.
 
Sementara itu, keadaan di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang berubah daripada amaran kategori pertama dengan angin bertiup pada kelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.