Halaman

Khamis, 18 Februari 2016

'Bomba, Rela tak hadir tugas semasa majlis tahun baru Cina'

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik, membidas Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana 'disiplin' mereka semasa perayaan majlis sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sehubungan itu, pemimpin DAP itu berkata, jawatankuasa penganjur telah membuat laporan polis terhadap pegawai Rela yang gagal meletakkan anggota yang mencukupi untuk bertugas pada majlis berkenaan.

Beliau mendakwa pegawai berkenaan turut mengutip RM10,000 daripada jawatankuasa penganjur sebagai bayaran untuk perkhidmatan yang ditawarkan.

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan harus bertanggungjawab terhadap kelakuan pegawai mereka," kata Ng pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

"Aliran trafik semasa majlis itu terjejas kerana kekurangan dan ketiadaan anggota Rela," katanya.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, RM10,608 dibayar kepada Rela Timur Laut Daerah untuk menggunakan khidmat 59 anggota Rela mulai jam 7:00 petang 12 Februari sehingga 1 pagi,14 Februauri.

Walau bagaimanapun, menurut ahli jawatankuasa penganjur, Ewe Keat Chor hanya 15 anggota bertugas separuh masa dan tiada anggota lain yang datang untuk menggantikan mereka.

"Saya cuba hubungi pegawai yang bertanggungjawab dan cuba untuk meyakinkan 15 anggota itu terus berkhidmat dan meminta 20 anggota dari tempat untuk menolong mereka," kata Ewe pada sidang akhbar yang sama.

"Adalah satu perkara yang sangat serius bagi anggota Rela hilang selepas mendapat bayaran untuk perkhidmatan mereka," kata Ng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.