Halaman

Jumaat, 19 Februari 2016

Gangguan bekalan air di Hulu S'gor dan Petaling Selasa ini

MALAYSIAKINI




Beberapa kawasan akan mengalami gangguan bekalan air mulai Selasa ini berikutan kerja memasang dan mengalih paip air di Hulu Selangor dan Petaling.

Sehubungan itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan itu.

Gangguan bekalan air bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah malam di kawasan Hulu Selangor yang meliputi Kampung Permata Kundang; Desa Kundang; Kundang Jaya; Tasik Biru; Industri Kundang; Bandar Baru Kundang; Sungai Serai dan Kampung Baru Kundang .

Kawasan Petaling yang akan mengalami gangguan bekalan air dari 9 malam 27 Februari hingga 7 pagi 28 Februari ialah Seksyen 6 hingga Seksyen 10; sebahagian Seksyen 12; sebahagian Jalan Gasing dan Seksyen 5; dan Seksyen 52, Petaling Jaya.

Selain itu, Taman Serdang dan Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, Petaling juga akan mengalami gangguan bekalan air pada pada hari dan waktu yang sama, kata SYABAS dalam satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh memuat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore and Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook SYABAS 'puspel' atau twitter 'puspel syabas'.

Sementara itu, beberapa kawasan di Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air semalam berikutan operasi Loji Rawatan Air Bukit Tampoi, yang membekalkan air terawat di kawasan itu, terpaksa ditutup 8 pagi tadi susulan pencemaran di Sungai Langat.

Menurut SYABAS, keadaan Sungai Langat sedang diawasi dengan rapi, dan loji rawatan air berkenaan akan beroperasi

semula sebaik sahaja situasi pencemaran air di sungai itu reda.

"Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air telah dihantar melalui lori-lori tangki ke kawasan terlibat," kata Syabas dalam satu kenyataan kenyataan.

Antara kawasan Kuala Langat yang terjejas dengan gangguan itu ialah Kampung Olak Lempit, Selangor Dredging, Taman Changgang Jaya, Taman Arked, Taman Seri Dagang, RTB Bukit Changang, Bandar Mahkota, Taman Murnimas, Kompleks Perabot Olak Lempit, Kampung Bukit Changgang, Kampung Labohan Dagang, Taman Topaz, Taman Ambar, Taman Langat Murni, Bandar Ehsan Seri, Taman Langat Utama, D'Menara dan Pusat Serenti.

Kawasan Sepang yang mengalami gangguan bekalan air ialah Kampung Orang Asli Bangkong.
- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.