shahbudindotcom
Sabtu
ini UMNO akan mengadakan majlis kesyukuran sempena 40 tahun penglibatan
Najib Razak dalam politik yang bermula pada 1976 ketika beliau
mula-mula bertanding dalam pilihanraya menggantikan tempat bapanya,
Allahyarham Tun Razak.
Majlis
yang diadakan di PWTC itu bermula jam 6 petang, dimulai dengan solat
maghrib, bacaan Yassin, doa selamat, jamuan makan dan ucapan.
Surat
jemputan kepada pimpinan UMNO seluruh negara yang ditandatangani oleh
Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung perkara itu
sudah pun dikeluarkan sejak kira-kira seminggu yang lalu dan kini
didapati bersepah-sepah di media sosial.
Meraikan
hari kelahiran atau ulangtahun perkahwinan memang perkara biasa bagi
sesiapa, tetapi barangkali tidak pernah mana-mana Perdana Menteri
sebelum ini meraikan berapa lama penglibatan mereka dalam dunia politik.
Tun
Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi, dua bekas Perdana Menteri
yang masih hidup dan lebih berliku perjuangan politik mereka, tidak
kedengaran ada berbuat demikian ketika berkuasa dahulu.
Tetapi kenapa Najib mahu tempoh penglibatannya dalam politik diraikan dan mengapa pula angka 40 tahun itu jadi pilihan?
Kenapa
tidak ditunggu sehingga usia karier politiknya mencecah 45 atau 50
tahun? Atau kenapa ketika tempohnya 30 atau 35 tahun dulu tidak
diraikan?
Jika
ada yang merasakan wujudnya 1MDB sehingga berhutang RM42 bilion dalam
tempoh enam tahun dan keupayaan Najib mendapat derma RM2,600 juta
sebagai antara perkara-perkara pelik dalam negara, meraikan usia
penglibatan dalam politik seorang Perdana Menteri mungkin merupakan satu
lagi tambahan kepada kepelikan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.